Renungan buat rakan bisnes..


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Asssalamualaikum wbt…

Apa kabar sahabat2 di luar sana? Tentunya anda sedang bertungkus lumus menjayakan strategi bagaimana untuk menjayakan perniagaan MyMode yang kita ceburi ini.

Saya mintak maaf sebab dah lama tak munculkan diri di sini, memberi galakan dan rangsangan kepada anda sebab tahun ni saya sibuk sikit dengan aktiviti di maktab. Rugi juga kerna tak dapat tumpukan kepada pembanguan bisnes mymode saya ni.

Sudah berapa lamakah anda menceburi bisnes? Adakah target yang anda tetapkan mampu atau sudah dicapai?

Jika sudah tercapai tahniah saya ucapkan. Tetunya anda telah berusaha secukupnya dan anda layak untuk menikmati kejayaan itu. Tahniah kepada downline2 saya yang berpangkat 2 star CM dan ada yang dah 5 star CM. Lawan tokey tuh…

Tetapi bagi yang belum berjaya bagaimana? Sudah berputus asa? Mengalah? Adakah usaha anda tidak setimpal dengan apa yang anda perolehi, atau usaha anda tidak cukup kuat untuk melayakkan anda menuai hasilnya.

Banyak yang saya lihat, di kalangan kita, menyertai bermacam-macam perniagaan tetapi tidak ada satu pun yang berhasil. Mengapa tidak ada satu pun bisnes yang anda ceburi berjaya?

Saya tidak mahu komen tentang bisnes apa yang anda buat, berapa banyak bisnes yang anda sertai tetapi apa yang saya nak tekankan ialah FOKUS. Fokuskan kepada apa yang anda lakukan dan lakukan ianya dengan bersungguh-sungguh.

Setengah daripada kita hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mempunyai nafsu untuk menjadi orang kaya tetapi usahanya setakat ‘gitu-gitu je’. Dengan usaha yang tidak seberapa itu dan hasil yang tak seberapa, dia telah meletakkan persepsi bahawa perniagaan MyMode ini sebagai tidak bagus dan tidak boleh buat duit.

Tetapi bagi mereka yang telah merasai hasil MyMode ini berpandangan sebaliknya. Mereka merasai hasil dari apa yang telah mereka usahakan. Banyak mana yang anda usahakan, sebanyak itulah hasil yang anda akan dapat.

Sebab itulah saya selalu nasihatkan anda supaya sekurang-kurangnya membaca semua isi kandungan yang terdapat dalam laman web prepaid4u. Barulah kita faham macam mana nak jalankan bisnes ni.

Bagi mereka yang ada downline, jangan hanya harapkan downline sahaja, tetapi anda juga perlu membantu mereka mengembangkan perniagaan ini. Kalau anda tak Bantu, cemana mereka nak bsnes dengan semangat beb! Bantu cemana? Bantu la dengan menjawab apa yang dline anda tanya, beri galakan, tolong carikan dline untuk dia. Kalau dline anda berjaya, anda juga akan berjaya.

Ada dline yang kata ‘buat pe kerja penat2, buat kayakan upline je’. Sebenarnya anda silap. Saya tak rugi apa-apa kalau anda berfikiran sebegitu. Saya anggap bisnes mymode ni adalah bisnes saya, bukan untuk kayakan orang lain, tapi nak mengayakan diri sendiri.

Akhir kalam, saya ucapkan selamat meneruskan perjuangan dalam membangunkan bisnes anda. Doa saya, anda semua berjaya di dalam perniagaan ni. Apa-apa masalah dalam bisnes, anggaplah ia sebagai satu cabaran untuk anda terus berjaya. Yang penting, jangan mengalah dan tidak putus asa. Lakukan dengan serius kerana masa depan di dalam mymode ni amatlah cerah. Sampai ketemu lagi.

Mustakim,

Sentul

17 Ogos 2008 1.26am

www.sideincome4u.blogspot.com

http://prepaid4u.net/?id=mustakim


0 Responses to “Renungan buat rakan bisnes..”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 






Pautan

Previous posts

Arkib

ATOM 0.3

Powered by Blogger

Innovation delivered



bukan sekadar jiwang... is powered by Blogspot
Original design by Gecko & Fly modified by AQPtech
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.